Mengenai PIMA

PROFAIL PIMA


PIMA telah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan Jawatankuasa terdiri daripada beberapa buah Institut Memandu di Lembah Klang dan diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Selangor pada 25 Mac 2000.

MISI

Melengkapkan institusi memandu sebagai satu institusi yang moden
(berasaskan teknologi terkini), berintegriti dan dihormati serta dapat menyumbangkan kepakaran dalam usaha mengurangkan kemalangan jalanraya”.

VISI

Untuk menjadi sebuah persatuan yang cemerlang dalam melahirkan
masyarakat Malaysia yang selamat di jalanraya selaras dengan matlamat Kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya

OBJEKTIF

Mewujudkan hubungan baik antara ahli-ahli dengan JPJ kearah melahirkan persekitaran perniagaan yang cekap, cepat, selesa dan produktif.
Membantu melicinkan aktiviti harian antara IM dan JPJ di peringkat negeri melalui keseragaman arahan dan perlaksanaan.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli dari semua peringkat pengurusan syarikat melalui program pembangunan sumber manusia PIMA.

Memupuk dan menyemai integriti ahli-ahli PIMA kepada Kerajaan.

Menjadikan platform perundingan kepada penyelesaian masalah yang berbangkit berkaitan industri dan institusi memandu dengan Kerajaan.

MOTO

"Memacu Institusi Memandu Bertaraf Dunia Pada Tahun 2020"

DASAR KUALITI PIMA

PIMA beriltizam akan melaksanakan tanggungjawab dalam mencapai objektif yang ditetapkan, serta memastikan objektif tersebut dikaji dari semasa ke semasa supaya selaras dengan visi, misi dan matlamat PIMA.

No comments:

Post a Comment

Pertanyaan

Contact Form

Name

Email *

Message *