Thursday, February 21, 2013

BL1M Terus Dapat Sambutan Hangat, Hampir Mencecah 150,000 Pemohon


Penulis: Azman Abas
KUALA LUMPUR 20 Feb – Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) terus mendapat sambutan hangat apabila jumlah mereka yang memohon hingga ke hari ini hampir mencecah 150,000 pemohon.
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata jumlah berkenaan bukan sahaja melepasi sasaran awal malah mungkin akan melepasi sasaran kedua sebanyak 150,000.
Menurut beliau dalam usaha memberi kemudahan serta keselesaan kepada orang ramai menerusi program berkenaan, pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif baru termasuklah memperluaskan wakil di seluruh negara yang kini berjumlah 737.
“Dan hari ini kita turut mengadakan kerjasama bersama Persatuan Sekolah Institut Memandu Malaysia (PERPISMA) selain beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan lain seperti Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B Malaysia dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke arah penambahbaikan lagi program ini.
“Menerusi kerjasama ini, PERPISMA akan menjadi penasihat kepada BL1M dalam proses pembelajaran peserta di institut memandu mengikut panduan dan undang-undang yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ).
“Dan menerusi kerjasama dengan NGO pula, Majlis Belia Felda dan rakan-rakan NGO yang lain akan terus membantu dari segi pendaftaran kepada mana-mana mereka yang layak untuk emndaftar di seluruh negara,” katanya.
Jelas beliau lagi proses selanjutnya akan bermula sejurus tarikh pendaftaran BL1M akan berakhir pada hujung bulan ini.
Tengku Azman berkata demikian pada sidang media majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara BL1M dengan wakil PERPISMA yang diwakili Harun Shafie, manakala Gerakan belia 4B diwakili Muammar Gaddafi dan GPMS diwakili Jais Abdul karim. BL1M pula diwakili Tengku Azman Zainol Abidin.
Justeru beliau mengalu-alukan orang ramai untuk terus mendaftar program berkenaan menerusi pelbagai saluran yang disediakan.
“Kita merasakan wakil kita ada di mana-mana…bukan sahaja Pejabat UMNO bahagian, malah menerusi laman web kita www.bl1m.my, kaunter ibu pejabat UMNO, dan pelbagai saluran yang kini berjumlah 737. 
“Jadi jika ada yang masih merungut seperti sukar untuk mendapatkan borang dan sebagainya, kita merasakan itu adalah sesuatu yang mustahil,“ katanya. -MediaUMNO
Share This

No comments:

Post a Comment

Pertanyaan

Contact Form

Name

Email *

Message *